Ikuti Kami:

Dituduh Cuba Tiru Gaya Jennie BLACKPINK, Ini Respon Padu Yeri Red Velvet

Dituduh Cuba Tiru Gaya Jennie BLACKPINK, Ini Respon Padu Yeri Red Velvet

Penat menjadi idola apabila ada sahaja perkara yang tak kena di mata semua.

Tidak mengganggu sesiapa, secara tiba-tiba Yeri Red Velvet dituduh mempunyai ‘penyakit Jennie’ oleh seorang pemilik YouTube bernama ‘Sojang’. Katanya, gadis itu menggayakan dirinya dengan pakaian dan solekan dramatik yang tidak sesuai dengan imej sendiri, supaya dapat kelihatan seperti Jennie.

Tidak berdiam diri, Yeri kemudiannya memberi respon atas tuduhan itu menerusi aplikasi Bubble. Jelasnya,

Saya akan hidup seperti yang saya mahukan. Sejujurnya, saya kesiankan orang seperti mereka. Meraka hanya boleh membuat duit dengan menjatuhkan orang lain… (ketawa). Untuk kita, hanya beri fokus buat hidup sendiri dan menjalani setiap hari dengan gembira dan cinta.

jennie yeri

Respon netizen, “Boleh tak YouTube memadam akaun tersebut?”, “SM, saman saluran itu.”, “Berapa agensi yang diperlukan untuk saman saluran ini supaya ianya hilang?”, dan “YouTube sampah, mereka membenarkan sesiapa sahaja memuat naik apa-apa asalkan ada tontonan.”

Go Yeri!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...