Ikuti Kami:

Dituduh Buli Rakan Sekelas OKU, Youngjae GOT7 Akui Pernah Bergaduh & Jelas Keadaan Sebenar

Dituduh Buli Rakan Sekelas OKU, Youngjae GOT7 Akui Pernah Bergaduh & Jelas Keadaan Sebenar

Baru-baru ini, Youngjae daripada kumpulan GOT7 terpalit dengan kontroversi apabila dilhabarkan pernah membuli rakan sekelasnya yang merupakan OKU pekak dan lembam semasa di Sekolah Menengah Teknik Mokpo sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Sastera Seoul Korea.

Entri yang berterbangan di sekitar laman komuniti itu mengatakan bahawa Youngjae pernah memukul dan meminta duit daripadanya. JYP Entertainment dengan pantas telah meriliskan kenyataan dan menyatakan akan mengesahkan hal tersebut dengan idola itu sendiri.

Tak lama kemudian, agensi tersebut mendedahkan bahawa Youngjae memang pernah mempunyai isu dan salah faham dengan mangsa tersebut. Malah mereka berdua pernah bergaduh secara fizikal, namun meninggalkan hal tersebut tanpa berbaik. Walaubagaimanapun, dakwaan bahawa Youngjae membuli dan memeras ugut wang daripada individu tersebut adalah tidak benar sama sekali.

youngjae got7 dituduh buli

Bukan itu sahaja, JYP Entertainment turut menafikan dakwaan mangsa yang mengatakan bahawa dia ada menghubungi syarikat tersebut mengenai isu ini. Bahkan apabila pihak mereka cuba mendekatinya, individu tersebut masih belum memberikan apa-apa respons.

Individu tersebut ada mengatakan bahawa dia telah menghantar e-mel kepada syarikat mengenai isu ini, tetapi kami tidak menerima sebarang e-mel atau pun dihubungi olehnya. Kami sudah menghubungi individu tersebut untuk menyiasat kesahihan dakwaan ini secara tepat namun masih belum menerima sebarang maklum balas.

JYP Entertainment mengakhiri kenyataan tersebut dengan menjelaskan bahawa siasatan lanjut akan terus dijalankan.

Oleh itu, kami akan meneruskan siasatan bagi mendapatkan kebenaran situasi tersebut dan menguruskan dengan sewajarnya. Mengikut prinsip dan pendekatan yang betul.

Sama-sama kita nantikan kenyataan balas mangsa mengenai kenyataan JYP Entertainment ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...