Utama Gossip Dituduh 7 Tahun Abai Nafkah Anak Dengan Bekas Kekasih, Ini Respon Kim...

Dituduh 7 Tahun Abai Nafkah Anak Dengan Bekas Kekasih, Ini Respon Kim Hyunjoong

kim hyunjoong

Kembali aktif dalam dunia seni, sepertinya Kim Hyun-joong terpalit berita kurang enak baru-baru ini.

Seperti yang diketahui, bekas kekasih lelaki itu pernah menuduhnya melakukan keganasan pada tahun 2014. Malah wanita itu turut melahirkan anak mereka selepas kejadian itu berlaku.

Terbaru, seorang bekas wartawan yang aktif sebagai YouTuber mendedahkan bahawa Kim Hyun-joong sudah 7 tahun tidak berjumpa anaknya itu malah tidak membayar nafkah buatnya.

Mendengarkan pertuduhan itu, respon agensi penyanyi berkenaan,

Ujian paterniti adalah proses yang diperlukan supaya haknya sebagai ayah diakui secara sah. Selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan, Kim Hyun-joong beberapa kali menghubungi A menerusi peguamnya bagi berbincang tentang rundingan dan bayaran tapi tidak menerima sebarang respon.

kim hyunjoong

Jelasnya lagi,

Hasil keputusan Mahkamah Keluarga, Kim Hyun-joong membayar nafkah sebanyak 2 juta won secara sementara waktu.

Agensi tersebut turut menolak dakwaan bahawa Kim Hyun-joong tidak mahu berjumpa atau membesarkan anak lelakinya itu.

Tambahan pula,

Bagi memastikan hak penjagaan ditentukan, kes sivil dan jenayah antara Kim Hyun-joong dan A perlu dilengkapkan. Kim Hyun-joong dan A suda sekain lama menjalani proses perundangan dan Kim Hyun-joong tidak boleh berjumpa dengan anak itu sehingga dia berusia 7 tahun.

kim hyunjoong

Agensi itu juga mendedahkan bahawa penyanyi itu beberapa kali meminta A supaya menyelesaikan hal tersebut kerana dia risau sekiranya anak itu terluka jika didedahkan di media. Namun sepertinya, A yang bertindak bermain dengan saluran umum apabila menghubungi banyak syarikat media.

Hmmm.. macam-macam..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Kyunghyang
Loading...