Ikuti Kami:

Diterajui Song Seungheon, Filem Dewasa Provokatif ‘Hidden Face’ Pecah Rekod Di Wayang Korea

Diterajui Song Seungheon, Filem Dewasa Provokatif ‘Hidden Face’ Pecah Rekod Di Wayang Korea

Filem “Hidden Face” telah mencatatkan lebih daripada 1 juta penonton.

Menurut Sistem Maklumat Bersepadu Tiket Pawagam, filem lakonan Song Seung-heon, Jo Yeo-jung dan Park Ji-hyun berjaya menarik seramai 1,000,014 penonton setakat jam 3:45 petang pada 22 Disember, menandakan pencapaian lebih daripada 1 juta penonton.

Filem ini mengisahkan tentang Sung-jin yang mencari tunangnya Soo-yeon yang hilang, dan kemunculan Mi-joo, rakan junior Soo-yeon. Sung-jin kemudian mendapati bahawa Soo-yeon yang disangkanya telah hilang sebenarnya terperangkap dalam ruang rahsia terdekat dengan mereka, di mana dia menyaksikan sisi sebenar Soo-yeon yang tersembunyi.

hidden face

Mendapat sambutan hangat daripada penonton sebenar, “Hidden Face” mencetuskan gelombang positif melalui mulut ke mulut, menjadikannya salah satu filem Korea provokatif  yang terlaris tahun ini.

Filem ini juga telah memecahkan rekod sebagai filem Korea dewasa pertama yang melebihi 1 juta penonton dalam tempoh lima tahun, meneruskan kejayaan filem dewasa Korea selepas “Tazza: One Eyed Jack”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   News1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...