Ikuti Kami:

Diterajui Song Hyekyo & Jang Kiyong, ‘Now We Are Breaking Up’ Mula Tayang November Ini

Diterajui Song Hyekyo & Jang Kiyong, ‘Now We Are Breaking Up’ Mula Tayang November Ini

Sudah sekian lama tidak menyerikan skrin televisyen penonton K-Drama, sudah semestinya ramai yang dah tak sabar nak tengok drama lakonan Song Hye-kyo kan?

“Now We Are Breaking Up” menceritakan kisah Ha Young-eun iaitu seorang pengurus bagi pasukan pereka di sebuah syarikat fesyen. Watak tersebut digambarkan sebagai seorang yang realistik dan dingin namun bijak serta mementingkan keselamatan berbanding benda lain. Meskipun sudah berusia 38 tahun, Ha Young-eun terkenal kerana sentiasa menjaga badannya dan mengikuti trend semasa bagi mengekalkan awet muda selain rupa yang menawan. Wanita ini juga sangat teliti dalam mendapatkan ganjaran daripada kerjanya sendiri dan tidak mempunyai masa untuk menangis kerana lelaki.

sbs now we are breaking up

Drama ini akan ditayangkan menerusi slot Jumaat-Sabtu pada November nanti selepas “One The Woman” menamatkan tayangan.

Terujanya nak tengok gandingan Jang Ki-yong dan Song Hye-kyo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...