Ikuti Kami:

Diterajui Pelakon Hebat, Ini 6 K-Drama Baru Bakal Tayang September 2023

Diterajui Pelakon Hebat, Ini 6 K-Drama Baru Bakal Tayang September 2023

K-Drama selalu memberi adegan yang menarik kepada penonton di seluruh dunia.

Kali ini, KimchiDaily nak kongsikan 6 K-Drama yang bakal ditayangkan pada September 2023 untuk korang tonton pada masa lapang.

A Time Called You

Berdasarkan siri Taiwan “Someday or One Day”, ia mengisahkan tentang kehidupan Han Jun-hee yang telah kehilangan teman lelakinya. Setahun kemudian dia masih bersedih tetapi tiba-tiba mendapati dirinya dibawa kembali ke masa lalu. Dia bangun dalam tubuh seorang pelajar sekolah menengah dan dia bertemu dengan Si-heon yang menyerupai teman lelakinya sendiri.

Tarikh tayangan: 8 September 2023

Saluran: Netflix

Pelakon utama: Ahn Hyo-seop, Jeon Yeo-been, Kang Hoon, Lee Min-go

Arthdal Chronicles: The Sword Of Aramun

Di perkampungan mitos yang dipanggil Arth, penduduk kota Kuno Arthdal ​​bergelut dengan perebutan kuasa, manakala sesetengahnya mengharungi kisah percintaan yang mendebarkan. Namun bagi Eun-seom, dia melalui kesusahan untuk menghidupkan kembali kaumnya dan mengetahui asal usulnya yang sebenar.

Tarikh tayangan: 9 September 2023

Saluran: tvN, Disney+

Pelakon utama: Lee Joon-gi, Shin Se-kyung, Jang Dong-gun, Kim Ok-vin

The Day

Sebuah filem thriller dan komedi, “The Day” mengisahkan tentang seorang lelaki yang terdesak untuk menyelamatkan anak perempuannya yang sakit tetapi tidak mempunyai wang untuk berbuat demikian. Disebabkan oleh terlalu terdesak, dia bersetuju untuk menculik seorang gadis berusia 11 tahun tetapi perkara tidak berjalan seperti yang dirancang. Keadaan menjadi lebih rumit apabila gadis itu hilang ingatan.

Tarikh tayangan: 13 September 2023

Saluran: ENA

Pelakon utama: Yoon Kye-sang, Park Sung-hoon, Yu-na, Kim Shin-rok, Kim Sang-ho, Seo Jae-hee, Kang Young-seok

7 Escape

Drama jenayah ini menceritakan tentang kehilangan misteri seorang gadis muda dan tujuh orang yang terjerat dalam jenayah itu. Watak-watak itu termasuk seorang CEO yang mengejar wang, seorang idola yang bercita-cita tinggi, seorang pemilik kaya syarikat besar, seorang samseng, seorang guru seni, seorang doktor dan banyak lagi.

Tarikh tayangan: 15 September 2023

Saluran: SBS

Pelakon utama: Uhm Ki-joon, Hwang Jung-eum, Lee Joon, Lee Yoo-bi

Hyo Shim’s Independent Life

Hyo Shim's Independent Life

Selepas mengutamakan keluarganya selama bertahun-tahun, Lee Hyo-shim akhirnya merasa cukup melakukan sedemikian. Dia menjauhkan diri dari peranan anak perempuan yang setia dan memutuskan untuk menjalani kehidupan yang berdikari. Dalam perjalanan mencari dirinya, dia juga menemui cinta sejati.

Tarikh tayangan: 16 September 2023

Saluran: KBS

Pelakon utama: UEE, Ha Joon

Song of the Bandits: Song of the Sword

Berlatar belakangkan pendudukan Jepun di Korea pada tahun 1920-an, siri ini menayangkan ensemble yang disatukan oleh nasib di wilayah Gando tanpa undang-undang. Tentera Jepun, tentera Korea, pembunuh upahan, penyamun, pendatang dan banyak lagi akan bertembung antara satu sama lain ketika orang Korea berjuang untuk tanah air mereka. Ramai yang menjangkakan banyak aksi dan pengembaraan menarik dalam siri 12 episod ini.

Tarikh tayangan: 22 September 2023

Saluran: Netflix

Pelakon utama: Kim Nam-gil, Seohyun, Yoo Jae-myung, Lee Hyun-wook, Lee Ho-jung

Tak sabar nak tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...