Ikuti Kami:

Diterajui Park Gyuyoung & Kang Minhyuk, Siri Netflix ‘Celebrity’ Umum Barisan Pelakon Penuh

Diterajui Park Gyuyoung & Kang Minhyuk, Siri Netflix ‘Celebrity’ Umum Barisan Pelakon Penuh

Siri Netflix “Celebrity” akan datang telah mengumumkan barisan pelakon penuhnya!

Menurut entri yang dimuat naik Netflix Korea di Instagram dan Twitter, pelakon Park Gyu-young, Kang Min-hyuk CNBLUE, Lee Chung-ah, Lee Dong-gun, Jeon Hyo-sung dan Kim Chul-kyu telah disahkan akan membintangi drama baharu akan datang berjudul “Celebrity”.

Diarahkan oleh pengarah “Flower of Evil” Kim Chul-gyu, siri akan datang ini memfokuskan kepada kehidupan pelakon dengan persekitaran yang mencabar dan berdaya saing yang mereka hadapi. “Celebrity” akan mempamerkan keinginan, pertembungan, dan keganasan antara bintang, serta kesusahan mereka untuk mencapai impian mereka.

Park Gyu-young akan memegang watak Seo Ah-ri, yang berasal dari keluarga kaya. Wataknya digambarkan sebagai seorang anak perempuan ‘chaebol’ yang cantik dan pintar yang hampir mencecah titik terendah akibat insiden.

Manakala Min-hyuk akan berperan sebagai Han Joon-kyung, cucu kepada syarikat kosmetik No. 1 Korea. Apabila dia berjumpa dengan Seo Ah-ri, kehidupan santainya berubah kepada yang tidak dijangka, memaksa dia ke dalam angin puyuh emosi.

Nantikan keluaran drama ini pada separuh kedua 2022!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...