Diterajui Lee Jongsuk & Kim Dami, Filem ‘The Witch 2’ Tayang Tahun Ini
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Sekian lama menanti, akhirnya ada juga perkembangan mengenai sekuel filem popular pada tahun 2018 iaitu “The Witch”. Katanya, ia akan ditayangkan pada tahun ini.
Menurut laporan sebelum ini, Kim Da-mi, Jo Min-soo, Lee Jong-suk, Park Eun-bin, Cynthia dan Jin-goo sudah pun disahkan sebagai teraju utamanya.
“The Witch: Part 2” merupakan sambungan kepada “The Witch: Part 1 – The Subversion”. Ianya merupakan filem yang diingati ramai memandangkan babak aksinya yang memukau berjaya menarik penonton sebanyak 3 juta di pawagan ketika tayangannya dahulu.

Meskipun sudah lama dalam cadangan, filem ini mengalami sedikit kesukaran memandangkan pemilik asal filem itu iaitu Warner Bros Korea menarik diri daripada melakukan pelaburan, produksi dan pengedaran tak lama dahulu. Kemudian, NEW dilaporkan sudah mengambil alih untuk filem itu.
Dalam pada itu, disebabkan sedikit perubahan ini, dikhabarkan bahawa berkemungkinan besar watak utama akan dilakonkan oleh pelakon baru bernama Cynthia di mana dia langsung tidak pernah menunjukkan bakat lakonan lagi sebelum ini. Manakala Kim Da-mi pula akan kembali muncul dalam sekuel ini namun sebagai kemunculan khas sahaja.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi mengenai “The Witch 2”.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




