Ikuti Kami:

Diterajui Kekasih Shin Minah, Kim Woobin Beri Sokongan Buat ‘Hometown Cha Cha Cha’

Diterajui Kekasih Shin Minah, Kim Woobin Beri Sokongan Buat ‘Hometown Cha Cha Cha’

Hubungan cinta antara Kim Woo-bin dan Shin Min-ah bukanlah rahsia dalam kalangan peminat K-Drama.

Meskipun jarang menunjukkan hubungan mereka kepada umum, namun tindakan Kim Woo-bin baru-baru ini seperti memberi ‘hint’ bahawa dia juga sedang seronok menonton drama lakonan Shin Min-ah iaitu “Hometown Cha Cha Cha”.

Terbaru, Kang Hyung-suk yang membawa watak Choi Eun-cheol telah memuat naik gambarnya di sekitar perkampungan Gongjin. Yang menariknya apabila Kim Woo-bin meninggalkan komen pada entri berkenaan,

Pegawai polis Choi, awak sangat cool.

kim woobin kang hyungsuk

Daripada komen, ramai yang menebak bahawa Kim Woo-bin merupakan seorang penonton setia “Hometown Cha Cha Cha” dan sekaligus memberikan sokongan buat drama lakonan kekasihnya.

Sekadar pengetahuan, Kim Woo-bin, Shin Min-ah dan Kang Hyung-suk berada di bawah agensi yang sama iaitu AM Entertainment.

Comel betul Kim Woo-bin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...