Ikuti Kami:

Diterajui Kang Haneul & Lee Yooyoung, Fan BingBing Bakal Muncul Dalam Drama ‘Insider’

Diterajui Kang Haneul & Lee Yooyoung, Fan BingBing Bakal Muncul Dalam Drama ‘Insider’

Pelakon top China, Fan BingBing disahkan bakal muncul sebagai kameo dalam drama “Insoder” nanti.

Menurut wakil drama berkenaan, wanita itu sudah pun melengkapkan penggambaran baru-baru ini.

Katanya, Fan BingBing menjalani penggambaran semasa melawat Korea pada awal tahun ini. Dia dikhabarkan akan membawa watak yang kuat di dalam drama berkenaan. Pun begitu, jelas wakil “Insider”,

Kami meminta anda memahami sebab agak sukar untuk mendedahkan mengenai deskripsi wataknya dek perkembangan drama itu.

fan bingbing

Fan BingBing merupakan salah satu nama besar di China dan menjadi sebutan seantero dunia apabila wanita itu menghilangkan diri selepas skandal mengelak membayar cukai pada 2018. Pun begitu, wanita tersebut mengumumkan kemunculan dalam filem Amerika iaitu “355” yang diriliskan pada Februari ini.

Dalam pada itu, “Insider” ialah drama aksi saspens mengenai pelatih perundangan yang hidupnya musnah dalam sekelip mata semasa melakukan penyamaran untuk menyiasat pendakwara raya menerima rasuah. Semasa di dalam penjara, dia mula merencana plot untuk memblas dendam kerana pengkhianatan yang dilaluinya. Ianya diterajui oleh Kang Ha-neul, Lee Yoo-young, Heo Sung-tae dan ramai lagi.

Sama-sama kita nantikannya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...