Ikuti Kami:

Diterajui Idola Lelaki, 3 Drama Bersejarah Jadi Perhatian Kini

Diterajui Idola Lelaki, 3 Drama Bersejarah Jadi Perhatian Kini

Dalam keseronokan menonton drama moden, namun lain ‘feel’ nya bila kita melayan drama saeguk (bersejarah).

Bukan sahaja dapat mempelajari budaya lama Korea malah sinematografi istana yang cantik selain gaya hanbok yang memukau, membuatkan ianya jadi lebih mempersonakan.

Lebih menyeronokkan kerana banyak drama bersejarah yang sedang ditayangkan kini di saluran awam dan kabel. Yang lebih menarik perhatian, kesemua teraju utamanya ialah idola lelaki popular. Anda perasan tak?

The King’s Affection

Rowoon SF9

rowoon the king's affection

Mula menarik perhatian ramai kerana fizikalnya yang tinggi apabila menari dalam SF9, Rowoon membuktikan kemampuan lakonannya apabila mula berlakon dari watak sampingan sebelum mencuba nasib dalam drama lama.

Berbekalkan wajah yang tampan, watak Jung Ji-woon sebagai pengajar di istana yang jatuh cinta dengan ‘raja’ berjaya menawan hati ramai penonton.

The Red Sleeve

Lee Jun-ho 2PM

lee junho the red sleeve

Siapa tak kenal dengan ketampanan Lee Jun-ho dalam 2PM, bahkan kerana karismanya, lagu “My House” kembali tular pada tahun ini selepas rakaman peminatnya menjadi tontonan ramai meskipun lagu sudah hampir 5 tahun keluar.

Watak Yi San yang nampak gagah mampu menghiburkan hati semua dek pertelingkahan comel dengan pengiring istana, Seung Deok-im (Lee Se-young).

Secret Royal Inspector Joy

Ok Taec-yeon 2PM

ok taecyeon secret royal inspector joy

Mula menempa nama sebagai ‘idola gagah’ dek sosok badannya yang ‘tough’. Ok Taec-yeon menjadi sebutam ramai tahun ini selepas berjaya membawa watak antagonis dalam “Vincenzo”.

Kini membawa watak Ra Yi-eon, dia menunjukkan sisi komedi dan tegas sebagai penyiasat diraja.

Handsome dan menawan kan kesemua mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...