Ikuti Kami:

Diterajui Hun Haqeem & Daiyan Trisha, ‘W: Two Worlds’ Malaysia Akan Berbeza Dari Versi Korea

Diterajui Hun Haqeem & Daiyan Trisha, ‘W: Two Worlds’ Malaysia Akan Berbeza Dari Versi Korea

Rasanya daripada tahun lepas kita dah ada dengar khabar angin mengenai penghasilan semula “W: Two Worlds” yang popular di Korea menurut versi Malaysia kan?

Terbaru, VIU telah melangsungkan acara ‘Together Gather’ bagi menyambut hari lebaran sambil memperkenalkan pelbagai naskhah baru yang bakal bersiaran di platform itu tak lama nanti.

Salah seorang pelakon yang bakal menjayakan drama ini ialah Faizal Hussein di mana dia akan membawa watak, iaitu bapa kepada heroin yang bertanggungjawab melukis komik itu.

faizal hussein

Ulasnya mengenai perbezaa siri ini dengan siri asal,

Kita tak tulis bulat-bulat seperti apa yang pernah ditonton. Kita hanya ada 12 episod dan ianya ditulis semula mengikut budaya Malaysia. Jadi, akan ada benda yang tidak mengikut versi Korea.

Faizal Hussein jujur mengakui bahawa dia hanya sempat melihat beberapa episod “W: Two Worlds” Korea dek kesibukan bekerja,

Tapi bagus kerana ianya tak akan mempengaruhi saya sebagai seorang pelakon. Jadi, bila baca 12 episod itu macam kita baca cerita baru.

Dalam pada itu, watak utama siri ini akan dijayakan oleh Hun Haqeem dan Daiyan Trisha di mana mereka melakonkan watak yang dipopularkan oleh Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo. Manakala pelakon lain yang turut disahkan bakal menyertai siri ini ialah Elizabeth Tan dan Meirul Aiman.

Sama-sama kita nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...