Ikuti Kami:

Terpalit Skandal Ganja, Jung Ilhoon Diumum Keluar Daripada BTOB

Terpalit Skandal Ganja, Jung Ilhoon Diumum Keluar Daripada BTOB

Disebabkan oleh kontroversi di mana Jung il-hoon daripada kumpulan BTOB dikatakan ditangkap mengambil ganja, idola itu disahkan telah pun mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.

Menurut kenyataan agensinya,

Hello, ini adalah CUBE Entertainment.

Pertama sekali, kami ingin menunduk dan memohon maaf kerana menyebabkan kerisauan dek isu yang melibatkan artis di bawah agensi kami iaitu Jung Il-hoon.

Jung Il-hoon berasa sangat bertanggungjawab kerana memusnahkan kepercayaan peminat dan menyebabkan kekecewaan, lantas dia kini sedang muhasabah diri. Menghormati keputusannya untuk tidak merosakkan kumpulan, diputuskan bahawa dia akan undur diri daripada kumpulan ini bermula dari hari ini.

Kami berasa sangat bertanggungjawab di atas insiden baru-baru ini dan menjadi tugas kami untuk memasyikan Jung Il-hoon mengikuti siasatan nanti.

BTOB akan meneruskan aktiviti sebagai 6 orang ahli dan kami akan berusaha kerasa untuk menampilkan muzik dan persembahan yang lebih matang.

Kami sekali lagi memohon maaf kepada peminat yang menyokong dan menyayangi BTOB.

jung ilhoon

Mungkin ini jalan terbaik untuk Jung Il-hoon.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...