Ikuti Kami:

Ditahan Dek Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Netizen Mahu Bae Sungwoo Undur Diri Dari ‘Delayed Justice’

Ditahan Dek Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Netizen Mahu Bae Sungwoo Undur Diri Dari ‘Delayed Justice’

Pagi ini, dilaporkan bahawa pelakon Bae Sung-woo telah pun ditahan polis kerana memandu dalam keadaan mabuk pada bulan lepas. Pada ketika itu, paras alkohol dalam darahnya yang tinggi membolehkan lesen memandunya digantung.

Selepas berita itu tersebar, pelakon itu sendiri telah memuat naik permohonan maaf,

Saya menerima segala hukuman dan kini sedang muhasabah diri. Saya akan lebih berhati-hati dalam pelbagai cara supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi.

bae sungwoo

Disebabkan drama lakonannya kini iaitu “Delayed Justice” masih lagi berbaki 9 episod, ramai yang mempersoalkan sama ada Bae Sung-woo akan menarik diri daripada naskhah tersebut dek kesalahannya ini.

Malah, kini sudah terdapat permintaan dalam laman komuniti drama “Delayed Justice” supaya mengeluarkan pelakon itu daripada naskhah tersebut. Kata mereka, penonton akan memboikot drama itu sekiranya Bae Sung-woo kekal muncul sehingga ke akhir tayangannya.

Setakat ini, pihak SBS masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai apa-apa perubahan kepada drama “Delayed Justice” ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...