Ikuti Kami:

Disukai Ramai, ‘Soundtrack #1’ Papar Konflik Cinta Antara Sahabat Baik

Disukai Ramai, ‘Soundtrack #1’ Papar Konflik Cinta Antara Sahabat Baik

“Soundtrack #1” nyata merupakan antara drama romantik terbaik yang ditayangkan kini. Bukan sahaja padat dengan plot yang membuai perasaan, malah lakonan Han So-hee dan Park Hyung-sik juga membuatkan penonton lebih mendalami naskhah ini.

Perasaan tidak dapat dihalang

[Amaran SPOILER]

Dalam episod kedua, Han Sun-woo (Park Hyung-sik) dan Lee Eun-soo (Han So-hee) cuba menolak perasaan janggal yang menebal di antara mereka selepas keduanya bangun tidur bersebelahan pada malam sebelumnya. Pun begitu, kedua mereka meneruskan kehidupan seperti biasa dan Han Sun-woo terus membantu Lee Eun-soo yang mahu mendengar pengalaman cinta tidak berbalasnya.

disney+ soundtrack #1

Keadaan semakin tegang apabila Han Sun-woo spertinya cemburu melihat hubungan rapat antara Lee Eun-soo dengan rakan penulis liriknya, Kang Woo-il. Namun suasana itu dapat dileraikan dan kedua kawan baik itu kembali rapat seperti sedia kala.

Kemunculan ibu Lee Eun-soo di rumahnya nyata membuatkan keduanya terkejut namun mereka meluangkan masa bersama dengan bacaan kad tarot. Hati seorang ibu yang sentiasa dekat dengan anaknya, wanita tua itu mendapat tahu perasaan Han Sun-woo terhadap anaknya namun berjaya menutupnya daripada pengetahuan Lee Eun-soo.

Penonton bagaimanapun tidak mampu meluahkan kata-kata apabila melihat Lee Eun-soo menjumpai gambarnya bersama Han Sun-woo di dalam komputer riba lelaki itu meskipun dikhabarkan bahawa kesemuanya sudah dipadam lantas menyedari perasaan rakan baiknya itu. Episod kedua ini berakhir dengan Han Sun-woo yang terpana apabila melihat cinta hatinya tersebut berdiri di hadapan komputer ribanya.

disney+ soundtrack #1

Membuai perasaan

Rata-rata penonton meluahkan rasa teruja dengan momen realistik yang dipaparkan oleh “Soundtrack #1” mengenai perasaan mendalam antara sepasang rakan baik. Sekuat mana pun ianya cuba dipendam namun pasti akan terbongkar juga nanti.

Sama-sama kita nantikan episod ketiga “Soundtrack #1” di Disney+ Hotstar pada Rabu nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...