Ikuti Kami:

Dispatch Dedah Foto Bercuti Di Switzerland, Hyomin T-ARA & Pemain Bola Sepak Hwang Euijo Sah Bercinta

Dispatch Dedah Foto Bercuti Di Switzerland, Hyomin T-ARA & Pemain Bola Sepak Hwang Euijo Sah Bercinta

Ada pasangan baru yang diumumkan dalam dunia hiburan Korea baru-baru ini!

Pada pagi ini, terdapat laporan mengatakan Hyo-min T-ARA dan pemain bola sepak Hwang Eui-jo sedang hangat bercinta. Khabarnya, mereka mula bercinta sejak November lalu.

Sebelum mendapatkan kepastian, Dispatch turut meriliskan gambar pasangan itu sedang menikmati percutian di Switzerland pada penghujung tahun lalu.

Dalam gambar itu, dapat dilihat kedua mereka sedang mengheret bagasi di hadapan sebuah hotel popular di Basel.

hyomin jang euijo

Selepas pada itu, kedua wakil agensi Hyo-min dan Hwang Eui-jo mendedahkan bahawa mereka dalam peringkat mengenali hati satu sama lain dan meminta sokongan ramai.

Menurut laporan, Hwang Eui-jo yang mengalami kecederaan pada Oktober lalu serta Hyo-min yang sibuk dengan album T-ARA telah memberikan sokongan padu antara satu sama lain sebagai kawan sebelum memulakan hubungan cinta pada November.

Untuk pengetahuan, Hwang Eui-jo bermain untuk Bordeaux FC sebagai penyerang utama dan merupakan pemain untuk bahagia pertama Perancis. Dalam pada itu, dia sedang berehat kini selepas liga Perancis tamat tak lama dahulu.

Tahniah buat pasangan ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...