Ikuti Kami:

Disoal Tentang Kontroversi Ryu Junyeol-Han Sohee, Hyeri Beri Jawapan Padu

Disoal Tentang Kontroversi Ryu Junyeol-Han Sohee, Hyeri Beri Jawapan Padu

Masih ada lagi yang nampaknya terus mengungkit mengenai kisah ‘cinta tiga segi’ melibatkan Hyeri, Han So-hee dan Ryu Jun-yeol.

Terdahulu, Hyeri berpisah dengan Ryu Jun-yeol selepas 6 tahun bercinta dan kemudiannya lelaki itu mengakui bercinta dengan Han So-hee.

Pun begitu, gosip hangat bertiup mengatakan mungkin lelaki itu mempermainkan kedua-dua wanita berkenaan selepas Hyeri memuat naik ayat ‘Kelakarnya’ selepas pengumuman hubungan antara Ryu Jun-yeol dan Han So-hee dibuat.

Bahkan Han So-hee dan Hyeri sempat berbalas kenyataan namun akhirnya kedua-duanya memohon maaf. Malah Ryu Jun-yeol dan Han So- hee memilih untuk berpisah selepas beberapa hari isu itu hangat diperkatakan.

hyeri

Ketika sidang media “Agents Of Mystery” baru-baru ini, Hyeri dipersoal kembali mengenai isu itu. Jawabnya,

Saya tidak mahu memberikan apa-apa respon. Tiada ada yang ingin saya sampaikan. Sila berikan perhatian lebih kepada ‘Agents Of Mystery’.

Benda yang lepas, jangan lah dikenang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...