Ikuti Kami:

Disiasat Dek Kes Jenayah Seksual, Kesemua Ahli NCT ‘Putuskan Hubungan’ Dengan Taeil

Disiasat Dek Kes Jenayah Seksual, Kesemua Ahli NCT ‘Putuskan Hubungan’ Dengan Taeil

Rasanya ramai terkejut selepas membaca kisah Taeil NCT yang didedahkan sedang disiasat polis dek dakwaan jenayah seksual.

Khabarnya, idola itu dikatakan telah mengganggu seorang wanita dengan pelbagai kelakuan tidak bermoral seperti mengugut, menyorokkan kamera tersembunyi di ruang privasi mangsa dan lain-lain selama 6 tahun lamanya.

Malah SM Entertainment dilihat bertindak drastik dengan mengumumkan pengunduran diri Taeil dari NCT selepas berita itu dilaporkan.

Sepertinya ahli NCT yang lain turut dilihat ‘memutuskan’ hubungan dengan Taeil apabila mereka semua dilihat sudah tidak mengikuti akaun Instagram miliknya.

Pada masa ini, bilangan pengikut Taeil menurun dengan ketara, dan peminat juga tidak dapat menyembunyikan kekecewaan mereka dan meluahkan rasa marah di media sosial.

Siapa je tak kecewa kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   SPOTV News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...