Ikuti Kami:

Disertai Yoo Jaesuk & Yoo Yeonseok, Rancangan ‘Whenever There’s A Chance’ Umum Tarikh Tayangan

Disertai Yoo Jaesuk & Yoo Yeonseok, Rancangan ‘Whenever There’s A Chance’ Umum Tarikh Tayangan

Rancangan “Whenever There’s A Chance” telah mengumumkan tarikh tayangannya!

Sebelum ini, SBS telah melaporkan bahawa Yoo Jae-suk dan Yoo Yeon-seok akan menyertai rancangan hiburan terbaru mereka “Whenever There’s A Chance”. Di mana, ahli rancangan itu akan melalui pelbagai jenis pengembaraan untuk memperoleh keberuntungan dalam kehidupan seharian yang singkat.

Dengan gandingan hebat Yoo Jae-suk dan Yoo Yeon-seok, rancangan ini dijangka akan membuatkan penonton terhibur dan bergelak ketawa apabila melihat interaksi luar biasa diantara kedua-dua mereka.

Meskipun, Yoo Jae-suk dan Yoo Yeon-seok pernah bekerjasama dalam program seperti “Running Man”, rancangan “Whenever There’s A Chance” ini merupakan kolaborasi pertama mereka sebagai hos.

Rancangan yang diarahkan oleh bekas pengarah “Running Man”, iaitu pengarah Choi Bo-pil ini akan mula ditayangkan pada 23 April 2024, jam 10:20 PM (waktu Korea).

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...