Ikuti Kami:

Diselar Lepas Kongsi Masih Belum Divaksin, Agensi Rowoon SF9 Beri Penjelasan

Diselar Lepas Kongsi Masih Belum Divaksin, Agensi Rowoon SF9 Beri Penjelasan

Baru-baru ini, Rowoon telah menyertai acara perjumpaan peminat secara perbualan video atas talian.

Semasa sesi berkenaan, salah seorang peminatnya telah menanyakan mengenai status vaksinasi idola berkenaan. Jawabnya,

Saya masih tidak mempunyai masa, jadi saya masih belum divaksin. Saya dengar apabila anda mendapatkannya, anda perlu berehat beberapa hari. Saya sentiasa melakukan ujian PCR setiap dua hari.

Pengakuannya ini mendapat kritikan ramai memandangkan dia aktif falam beberapa industri kini, di mana kes yang dikesan di dalamnya, termasuklah menyertai acara muzik untuk mempromosikan labum terbaru SF9 dan penggambaran drama “The King’s Affection”.

rowoon sf9

Bagi menjelaskan perkara sebenar, agensinya tampil memberikan kenyataan,

Ini ialah kenyataan kami mengenai komen Rowoon tentang vaksinasi semasa perbualan video untuk perjumpaan peminat esei foto SF9.

Rowoon sudah pun mengatur temu janji untuk vaksinasi, namun kerana jadual penyiaran drama yang tak boleh diubah, dia masig belum mampu mendapatkannya. Kami sedang dalam usaha untuk mengubah jadual kerjanya supaya dia dapat divaksin dan dia akan selesai mendapatkannya secepat mungkin.

Kami berharap agar tiada salah faham daripada keratan komen yang diambil tanpa konteks dari perjumpaan peminat berkenaan dan meminta orang ramai supaya berhenti meninggalkan komen buruk.

Kami kesal waktu yang manis antara Rowoon dan peminat yang menyayanginya direndahkan seperti ini dan kami memohon maaf kerana menyebabkan kerisauan buat sesiapa yang menyayangi Rowoon. Pada masa hadapan, kami akan terus buat yang terbaik untuk melindungi artis kami.

Terima kasih.

Harap semua faham.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...