Utama Drama Korea Disebabkan Pilihan Raya, Beberapa K-Drama Tidak Akan Ke Udara Pada Hari Ini

Disebabkan Pilihan Raya, Beberapa K-Drama Tidak Akan Ke Udara Pada Hari Ini

Disebabkan oleh pilihan raya yang bakal berlangsung di Korea, terdapat beberapa drama yang akan terkesan tayangannya.

Menurut laporan, drama dan rancangan berikut tidak akan ke udara pada hari ini (7 April 2021).

MBC – A Good Supper

MBC – Oh My Ladylord

KBS – Love On The Air

KBS – Be My Dream Family

TV Chosun – PPONG School

JTBC – There Is No House For Us In Seoul

Channel A – Friends

Manakala bagi “Mouse” pula, seperti yang dilaporkan sebelum ini, hanya episod istimewa yang akan ditayangkan pada malam ini bagi merungkai beberapa persoalan selepas 10 episod drama itu ke udara.

tvn mouse

Menurut pihak produksi,

Selepas episod ke-10, keseluruhan konteks dan suasana drama ini akan berubah dan penonton akan seronok menjangka plot twist dan juga plot dalam plot. Menerusi episod istimewa ini, kami akan membaiki pemahaman penonton mengenai naratif sebelumnya dan menyediakan jangkaan untuk perkembangan plot akan datang. Separuh kedua ‘Mouse’ akan dipenuhi kisah tidak dijangka dan tegang, jadi tolong nantikannya.

Episod ke-11 “Mouse” akan ditayangkan pada 8 April nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...