Pelakon Kim So-eun telah memberikan penghormatan terakhir buat mendiang Song Jae-rim.
Kelmarin, Kim So-eun memuat naik satu gambar hitam putih yang diambil bersama Song Jae-rim di akaun media sosialnya.
Gambar yang dikongsi memaparkan mereka berdua tersenyum ceria. Kedua-dua mereka pernah muncul sebagai pasangan suami isteri dalam program hiburan “We Got Married” pada tahun 2014 dan menerima banyak sokongan dari peminat.
Bersama gambar tersebut, Kim So-eun menyatakan,
Tiada kata-kata di dunia ini yang dapat menggambarkan betapa peritnya hati saya. Saya berharap perjalanan panjang itu tidak sunyi. Selamat tinggal, kawan saya. Jumpa lagi.
Dia juga menambah,
Saya sudah menghantarnya dengan baik. Jangan risaukan saya.
Sementara itu, Song Jae-rim ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seongdong-gu, Seoul pada 12 November. Upacara pengebumian mendiang telah diadakan di Hospital Seongmo, Yeouido, Seoul pada tengah hari kelmarin.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.