Ikuti Kami:

Disamping Beyoncé, CL 2NE1 & Lisa Blackpink Turut Dinamakan Antara Ahli Kumpulan Wanita Terbaik Sepanjang Zaman!

Disamping Beyoncé, CL 2NE1 & Lisa Blackpink Turut Dinamakan Antara Ahli Kumpulan Wanita Terbaik Sepanjang Zaman!

Lisa daripada Blackpink nyata mempunyai daya tarikan yang memukau sehingga ramai yang jatuh cinta pandang pertama apabila melihatnya. Jangan terkejut, kerana gadis berusia 23 tahun ini memegang rekod sebagai artis K-Pop dengan jumlah pengikut paling ramai di laman Instagram! Ada yang jatuh cinta kerana rupanya yang menawan tetapi ada juga yang terpesona apabila melihat lenggok tubuhnya yang menarik perhatian semasa melakukan persembahan.

Dalam satu artikel yang diterbitkan oleh akhbar harian British iaitu The Guardian, Lisa telah dinobatkan sebagai antara artis dalam kumpulan wanita yang terbaik sepanjang zaman. Bukan sahaja Lisa, CL daripada kumpulan 2NE1 turut dipilih untuk menyerikan lagi senarai itu. Hanya mereka berdua daripada dunia K-Pop yang dinamakan sebagai antara performer wanita yang hebat.

cl 2ne1 dan lisa blackpink terpilih artis kumpulan wanita terbaik sepanjang zaman

CL duduk selesa di tangga ke 19 daripada 25 tangga secara keseluruhannya. Dia dipilih kerana pesonanya di atas pentas dan penulis tidak lupa untuk menyebut semula mengenai kemunculan wanita itu di atas pentas dengan seorang burung kakak tua di bahunya pada tahun 2012. CL turut mendapat penghargaan itu kerana mampu membawa dua sisi berbeza untuk kumpulan 2NE1 di mana satu sisi lembut dan lagi satu iaitu sisi ‘garang’ sehingga boleh memberikan persembahan yang pasti tidak akan dapat dilupakan.

Lisa pula telah menduduki tempat ke-24 daripada 25 tempat yang dipilih. Walaupun nampak seperti berada di hujung senarai tapi pencapaian gadis ini agak membanggakan kerana dia baru berkecimpung dalam dunia seni selama 3 tahun. Walaupun masih baru. dia telah dinamakan sekali dengan nama-nama besar seperti Beyoncé, Diana Ross dan ramai lagi.

cl 2ne1 dan lisa blackpink tersenarai

Lisa menerima pujian yang melambung menerusi kemunculannya dalam persembahan lagu Balckpink iaitu Kill This Love. Dia selayaknya menerima tempat dalam senarai artis wanita yang memberikan persembahan terbaik kerana dirinya yang ‘hidup’ semasa berada di atas pentas dan sentiasa memberikan persembahan yang bertenaga.

Hebatnya Lisa dan CL kerana mampu berdiri sama tinggi dengan nama-nama besar seperti Beyoncé, Nicole Scherzinger (Pussycat Dolls), Kelly Rowland dan Diana Ross. Tahniah!

Sumber: Allkpop, The Guardian

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...