Ikuti Kami:

Dirakam & Diugut, Dispatch Dedah Polis Siasat Lee Sungyun & G-Dragon Tanpa Bukti Yang Cukup

Dirakam & Diugut, Dispatch Dedah Polis Siasat Lee Sungyun & G-Dragon Tanpa Bukti Yang Cukup

Dispatch telah mengeluarkan beberapa perbualan yang berkaitan dengan kes Lee Sun-gyun dan G-Dragon.

Mengikut sumber daripada Dispatch, kes dadah yang menimpa dua selebriti telah bermula dengan wanita bernama ‘K’, pekerja kontrak bagi syarikat hiburan dewasa ‘G’.

Pada bulan ogos 2023, ‘K’ telah mengugut pelakon Lee Sun-gyun serta meminta wang sebanyak RM1.08 Juta. Perbualannya bersama pelakon itu telah menyebabkan pelakon tersebut disiasat oleh pihak polis selepas ‘K’ ditahan atas kesalahan penggunaan dadah.

Manakala, video G-Dragon yang dirakam oleh ‘K’ tanpa kebenaran juga berada di dalam telefon bimbit wanita itu. Malah, ‘K’ turut memberitahu rakan-rakannya bahawa ahli kumpulan BIG BANG itu sering melawati tempat kerjanya, ‘G’.

lsk gd dispatch

Dalam masa yang sama, ‘K’ juga mendedahkan bahawa terdapat lebih 10 orang selebriti yang terkenal menjadi pelanggan setia di tempat kerjanya itu.

Namun, pihak polis hanya memilih untuk menyiasat G-Dragon sahaja berbanding dengan selebriti yang lain. Walaupun, bukti yang mengatakan bahawa penyanyi tersebut terlibat dalam penggunaan dadah tidak mencukupi.

Tidak berhenti di situ, Dispatch turut mendedahkan bahawa ‘K’ juga mempunyai beberapa hubungan bersama dengan individu-individu terkenal, termasuk ahli keluarga ‘chaebol’ (konglomerat di Korea).

Apa pendapat korang tentang perkara ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...