Ikuti Kami:

Dipuji Kelakar, ‘The Pirates 2’ No 3 Di Ranking Netflix Global Selepas Sehari Tayangan

Dipuji Kelakar, ‘The Pirates 2’ No 3 Di Ranking Netflix Global Selepas Sehari Tayangan

Popular sakan semasa ditayangkan di panggung Korea, nampaknya “The Pirates: The Last Royal Treasure” ataupun “The Pirates 2” menunjukkan taring di Netflix.

“The Pirates: The Last Royal Treasure” membawa kisah pengembaraan sekumpulan lanun yang berkumpul di lautan luas bagi menjadi pemilik kepada harta karun diraja yang tiba-tiba lenyap tanpa jejak. Ianya dibintangi oleh Han Hyo-joo, Kang Ha-neul, Lee Kwang-soo, Oh Se-hun dan ramai lagi.

Mula ditayangkan pada 2 Mac di laman penstriman itu, filem berkenaan berjaya meraih ranking tinggi di senarai Top 10 Filem di Netflix Global iaitu di tangga ketiga.

netflix global the pirates 2

Malah ia tersenarai No 1 di beberapa negara seperti Vietnam, Thailand, Taiwan, Korea Selatan, Indonesia dan juga Malaysia.

Menerusi tinjauan komen orang ramai, rata-ratanya memuji naskhah ini kerana mampu menghiburkan hati penonton sepanjang tayangannya.

Korang dah layan belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...