Drama ‘My Sweet Mobster’ dari TBC telah mencapai rating tertinggi sepanjang masa!
Kelmarin, komedi romantik yang dibintangi oleh Han Sun-hwa, Uhm Tae-goo, dan Kwon Yool mencapai rating tertinggi menjelang separuh kedua tayangannya.
Menurut Nielsen Korea, episod ke-8 “My Sweet Mobster” mencatatkan rating purata seluruh negara sebanyak 2.8%, menandakan rekod peribadi baru untuk drama tersebut.
Dalam pada itu, ramai yang memuji drama ini sebagai kelakar dan menyenangkan hati memandangkan terdapat lambakan K-Drama yang terlalu serius kini.
Best tau drama ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.