Dah nak sampai ke penghujung 2019 ini, pasti anda dah marathon banyak drama Korea yang dikeluarkan pada tahun ini kan? Naskhah yang ditayangkan sepanjang tahun ini boleh dikatakan agak versatil kerana rata-ratanya bukanlah hanya tertumpu pada genre yang sama. Ada tema melodrama, kekeluargaan, thriller, romantik dan banyak lagi!
Kalau drama yang menekankan hubungan romantik, sudah tentu perlu ada keserasian diantara teraju utamanya. Bila nampak padan, barulah feel lebih apabila melihat lakonan mereka! Atas sebab itu, 200 pakar dalam industri seni di Korea telah menjalankan satu survey bagi memilih pasangan dalam drama mana yang berjaya menyentuh hati penonton! Responden yang telah dipilih bagi kajian ini terdiri daripada kakitangan syarikat hiburan dan stesen televisyen, produser filem dan drama, wartawan hiburan dan ramai lagi!
Gong Hyojin dan Kang Haneul (When The Camellia Blooms)
Drama ini yang telah membawa Kang Haneul dan Gong Hyojin sebagai gandingan utama berjaya merebut tempat pertama sebagai pasangan paling best untuk tahun 2019 dengan 70 jumlah undian! Naskhah ini yang membawa kisah tentang Dongbaek yang mempunyai persepsi sempit mengenai cinta bertemu seorang lelaki baik hati yang tak segan langsung untuk meluahkan rasa cinta padanya.
“When The Camellia Blooms” nyata mencipta fenomena kerana berjaya mencapai rating menghampiri 20%. Para penonton rata-ratanya tersentuh melihat Yong Shik yang tidak jemu meluahkan rasa cintanya pada Dongbaek walaupun wanita itu sering menerima layangan buruk daripada orang ramai kerana kondisi hidupnya sebagai ibu tunggal dan pemilik bar. Watak Kang Haneul yang naif serta persona Gong Hyojin yang menawan telah berjaya menghasilkan satu pasangan ideal!
IU dan Yeo Jingoo (Hotel Del Luna)
Pasangan ini telah menerima pujian melambung menerusi watak mereka sebagai Jang Manwol dan Goo Chansung sehingga melayakkan mereka mendapat 32 undian sebagai pasangan yang paling serasi dalam drama bagi tahun 2019.
Kerana jiwanya yang terperangkap selama 1000 tahun, Jang Manwol tidak dapat melangkah ke dunia lain. Pun begitu, dia dapat mengurangkan kesakitannya dan belajar mengenai cinta dengan kehadiran pengurus hotel elit iaitu Goo Chansung di hotel hantunya. Lelaki itu turut belajar untuk melindungi cintanya selepas berkenalan dengan gadis yang penuh misteri itu. Punyalah serasi gandingan mereka ini sehinggakan ramai penonton setia yang beria-ia meminta “Hotel Del Luna” disambung ke musim kedua pula!
Chun Wonhee dan Ahn Jaehong (Melo Is My Nature)
Gandingan kedua pelakon berbakat ini telah berjaya menempatkan mereka sebagai pasangan paling sepadan dalam drama tahun 2019! Drama ini dikatakan telah berjaya menyentuh hati penonton berusia lewat 20-an dan 30-an kerana mereka meneroka masalah hubungan cinta dan kerjaya serta kehidupan harian yang dilalui oleh 3 orang wanita yang berusia 30-an.
Im Jinjoo yang merupakan seorang penulis skrip mula berkenalan dengan pengarah berbakat iaitu Son Bumsoo. Bekerjasama dalam sebuah drama baru membuatkan mereka kian rapat sehingga timbul perasaan cinta antara kedua watak itu. Cerita cinta mereka yang begitu realistik dan tidak dihiasi dengan aksi romantik berlebihan telah berjaya memikat hati penonton.
Walaupun tidak mendapat rating yang memuaskan, pun begitu drama “Melo Is My Nature” terus menjadi buah mulut orang ramai meskipun telah tamat tayangan. Ini kerana drama ini berjaya menceritakan hal kehidupan sebenar dengan sentuhan romantik dan diselang seli dengan gelak ketawa. Tak bosan langsung!
Ada tak pasangan kegemaran anda yang telah disenaraikan dalam artikel ini? Kalau tiada, pasangan K-Drama 2019 mana yang menjadi pilihan hati anda?
Sumber: Soompi