Ternyata populariti yang mencanak tidak membuatkan Rain lupa untuk menjejaki ke tanah. Bahkan selebriti popular ini sering menggunakan duit hasil titik peluhnya untuk membantu orang lain, contohnya ketika wabak COVID-19 yang melanda Korea dan juga seluruh dunia sebelum ini.
Terbaru, suami kepada pelakon Kim Tae-hee itu telah diumumkan secara rasmi sebagai duta kepada jenama seluar jeans popular iaitu Levi Strauss Korea bagi musim Luruh-Sejuk. Lebih mengharukan apabila Rain membuat keputusan untuk mendermakan seluruh bayaran yang diterimanya untuk kerja tersebut kepada golongan wanita yang memerlukan.
Kalau anda nak tahu, lagu nyanyian lelaki ini iaitu “Gang” yang diriliskan pada tahun 2017 kembali popular kini atas sokongan peminat. Lantas bagi membalas kasih sayang yang diterimanya ini, Rain bakal menderma bayaran peragaannya untuk Levi Strauss itu kepada golongan tersebut.
Menurut agensi naungan lelaki itu iaitu Sublime Artist Agency, wang derma itu akan digunakan untuk menyediakan tuala wanita kepada golongan wanita yang terjejas dek wabak COVID-19. Baiknya!
Berita itu nyata membuatkan ramai netizen yang bertepuk tangan dengan sikap pemurah Rain. Bahkan mereka mendoakan agar karier seni lelaki itu terus berkembang dengan hebatnya pada masa akan datang.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.