Ikuti Kami:

Dipenuhi Misteri, Episod Awal ‘You Are My Spring’ Hanya Raih Rating Biasa

Dipenuhi Misteri, Episod Awal ‘You Are My Spring’ Hanya Raih Rating Biasa

Seronok pula rasanya melihat drama gandingan Kim Dong-wook dan Seo Hyun-jin iaitu “You Are My Spring” yang baru ditayangkan baru-baru ini.

Sinopsis

Digambarkan sebagai drama ‘romantik penyembuhan’, ia akan membawa kisah mengenai sekumpulan individu yang tinggal dalam bangunan yang mempunyai kes pembunuhan dahulu dan mereka semua menjalani kehidupan dewasa namun hati kesemuanya kekal terperangkap ketika berusia 7 tahun.

Banyak persoalan

[Amaran SPOILER]

Drama ini bermula dengan kelibat seorang lelaki yang dilihat jatuh daripada bangunan tinggi ke atas keretanya, namun penonton tidak dapat melihat wajahnya. Cerita itu kemudiannya membawa semua menelusuri kehidupan Kang Da-jeong (Seo Hyun-jin) yang membebankan semasa kecil dek sikap ayahnya yang suka mabuk dan mengasari ibunya.

Terus terkesan dek insiden itu, wanita tersebut terus melakukan kesilapan dalam memilih pasangan apabila dia sudah dewasa kini. Bukan sahaja kaki mabuk, malah Kang Da-jeong turut bercinta dengan pencurang dan banyak lelaki yang tidak berguna.

tvn you are my spring

Dalam masa yang sama, dia mula berkenalan dengan doktor psikiatri yang mempunyai klinik di bawah rumahnya iaitu Ju Young-do (Kim Dong-wook). Meskipun awalnya tidak sebulu kerana lelaki itu yang mampu membaca kisah hidupnya dengan tepat, mereka kemudiannya mula akrab, tambahan pula apabila Ju Young-do memberi amaran supaya dia tidak berkawan dengan seorang lelaki bernama Chae Jun (Yoon Park).

Chae Jun sepertinya nampak normal namun Ju Young-do yakin bahawa dia ialah pembunuh yang mengambil nyawa seorang pelajar sekolah menengah ketika dia masih remaja. Belum sempat mengorek mengenai lelaki itu, Chae Jun didedahkan sebagai lelaki yang jatuh daripada bangunan tinggi ke atas keretanya. Malah doktor psikiatri itu menjadi saksi kepada kejadian tersebut.

tvn you are my spring

Baru dua episod, lantas masih banyak lagi persoalan yang belum dibongkar mengenai setiap watak utamanya. Apakah perkembangan hubungan Da-jeong dan Young-do nanti? Siapakah Chae Jun sebenarnya? Apa pula rahsia yang disimpan oleh Youn-do dan bekas isterinya, Ahn Ga-yeong (Nam Gyu-ri).

Rating biasa

Menurut Nielsen Korea, “You Are My Spring” hanya meraih rating sebanyak 3.390% untuk episod pertamanya dan menunjukkan sedikit penurunan pada episod seterusnya iaitu 2.958%.

Mungkin masih banyak persoalan yang belum dirungkai, drama ini mungkin akan menyaksikan peningkatan rating nanti.

Korang ada yang layan tak drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...