Ikuti Kami:

Dipapar Dengan Persepsi Buruk Dalam ‘Racket Boys’, Netizen Indonesia ‘Serang’ Media Sosial SBS

Dipapar Dengan Persepsi Buruk Dalam ‘Racket Boys’, Netizen Indonesia ‘Serang’ Media Sosial SBS

Memaparkan kisah anak muda berimpian jadi atlet badminton, drama “Racket Boys” nyata menjadi perhatian ramai kerana keunikannya.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini netizen Indonesia telah meluahkan rasa kurang senang dengan salah satu babak yang dipaparkan dalam episod ke-5 drama itu.

Kalau siapa yang layan drama ini, pastinya anda ada melihat watak utama perempuan iaitu Se-yoon (Lee Jae-in) yang menyertai pertandingan badminton di Jakarta. Walaubagaimanapun gambaran yang kurang baik oleh drama itu mengenai Indonesia dan kononnya semangat kesukanan mereka, nyata menimbulkan kereta rakyat negara berkenaan.

sbs racket boys

Antara adegan yang diselar ialah apabila pelatih dari Korea mengadu dan mengatakan bahawa pasukan Indonesia sengaja memberikan tempat penginapan dan fasiliti yang buruk buat mereka bagi mengalahkan Se-yoon dalam apa jua cara sekali pun.

sbs racket boys

Babak lain yang dikritik ialah apabila penyokong pasukan Indonesia digambarkan sebagai buruk apabila mereka mengejek dan berteriak ke arah Se-yoon selepas berjaya memenangi pertandingan itu.

Disebabkan oleh kekecewaan apabila digambarkan sedemikian, netizen Indonesia dilihat membanjiri komen kritikan pada entri “Racket Boys” di laman Instagram SBS.

Antara komen mereka,

SBS, mohon berhati-hati, kami sangat kecewa dengan episod ke-5 ‘Racket Boys’ yang memaparkan pandangan buruk terhadap Indonesia. Minta pertimbangkan kembali kerana kami sangat kecewa dengannya. Saya rasakan ia sebuah drama yang bagus sehingga menonton sampai ke episod berkenaan, lantas kami berharap agar ‘Racket Boys’ ataupun drama lain meninggalkan tanggapan buruk terhadap Indonesia. Terima kasih.

 

Saya kecewa dengan dialog dalam episod ke-5, sepertinya ia menggambarkan penykong Indonesia tidak sopan padahal kami terkenal sebagai antara orang yang peramah di dunia. Ini membuatkan saya kecewa sebagai orang Indonesia, tambahan pula pada hari ini, kami kehilangan seorang legenda badminton. Mohon faham yang rakyat Indonesia sedang berduka.

 

SBS, tolong bertanggungjwab terhadap dialog kontroversi mengenai Indonesia dalam episod ke-5. Ianya tak kelakar langsung.

Setakat ini, SBS tidak memberikan apa-apa respon lagi mengenai kritikan ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...