Mesti ramai yang tengah tonton Go Youn-jung dalam drama “Resident Playbook” sekarang kan?
Baru-baru ini, Go Youn-jung telah muncul sebagai tetamu dalam program “You Quiz on the Block”.
Selain bercakap tentang drama terbarunya, wanita itu juga sempat bercakap tentang pengalamannya pergi uji bakat untuk filem pertamanya iaitu “Parasite”. Kongsinya,
Saya mengikuti uji bakat untuk watak yang akhirnya dimainkan oleh pelakon Jung Ji-so. Pada masa itu, mereka memberitahu bahawa wajah saya mirip dengan Cho Yeo-jeong. Memandangkan ia adalah watak anak perempuan, mereka ingin seseorang yang kelihatan serupa jadi, saya diberitahu bahawa saya adalah salah seorang calon terakhir.
THIS IS CRAZY… the first audition younjung went to was for parasite and she made it to the final round and almost played the daughter 😭 BONG JOONHO GET HER ON THE PHONE AGAIN OMG?????? pic.twitter.com/c14VrITLa3
— 🧸#ResidentPlaybook🩺 (@hwanhons) April 30, 2025
Bagaimanapun, dia tidak dipilih dan watak Da-hye iaitu anak kepada watak Cho Yeo-jeong akhirnya diberikan kepada Jung Ji-so.
Rezeki Go Youn-jung ada kat tempat lain..