Seohyun daripada Girls’ Generation dilaporkan mengalami kecederaan semasa penggambaran drama.
Terbaru, media Korea melaporkan bahawa Seohyun baru-baru ini mengalami kecederaan di set penggambaran, menyebabkan dia terpaksa menggunakan tongkat semasa Anugerah Drama KBS 2024.
Acara yang berlangsung pada 31 Disember di Dewan KBS di Yeouido, Seoul, telah dihoskan oleh Jang Sung-kyu, Seohyun, dan Moon Sang-min. Memandangkan tragedi pesawat Jeju Air yang berlaku baru-baru ini, majlis tersebut telah dirakam terlebih dahulu dan tidak disiarkan secara langsung, dengan butiran penyiaran akan diumumkan kemudian.
Peminat yang hadir di acara tersebut melahirkan kebimbangan apabila melihat Seohyun menggunakan tongkat putih untuk bergerak semasa majlis itu berlangsung.
seeing seohyun use a cane is making me so sad my baby 😭🫳 you’ve worked hard today too 🥺pic.twitter.com/WHYwUYga1j
— 김 (@soshirevelae) December 31, 2024
Sebagai maklum balas, agensi Seohyun berkongsi,
Memang benar bahawa dia mengalami kecederaan ketika penggambaran dramanya. Dia sedang menjalani rawatan dan memberi tumpuan kepada pemulihan. Dia merancang untuk kembali ke set penggambaran drama tidak lama lagi.
Seohyun kini sedang menjalani penggambaran drama fantasi percintaan “The First Night With the Duke”, di mana dia berlakon bersama Taecyeon daripada 2PM. Setakat ini, masih belum ada tarikh penyiaran tetap buat drama ini lagi.
Semoga cepat sembuh!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.