Ikuti Kami:

Dilema Cinta Rakan Baik, ‘Soundtrack #1’ Tamat Dengan Pujian Penonton

Dilema Cinta Rakan Baik, ‘Soundtrack #1’ Tamat Dengan Pujian Penonton

Hanya mempunyai 4 episod, “Soundtrack #1” yang bersiaran di Disney+ Hotstar sudah pun melabuhkan tirai kelmarin.

Sinopsis

Drama ini ini membawa kisah seorang lelaki dan wanita yang telah berkawan selama 20 tahun. Apabila dua sahabat lama ini akhirnya tinggal bersama selama dua minggu, mereka secara beransur-ansur mula menyedari perasaan mereka antara satu sama lain.

Perasaan sama

[Amaran SPOILER]

Meskipun sedar dengan perasaan membuak-buak antara satu sama lain namun Han Sun-woo (Park Hyung-sik) dan Lee Eun-soo (Han So-hee) memilih untuk tidak meluahkannya kerana tidak mahu ada sesiapa yang terluka.

ending soundtrack #1

Bahkan mereka kemudiannya berpisah selama setahun tetapi perasaan itu kekal sama buat keduanya. Kini, Lee Eun-soo sudah pun menjadi penulis lirik terkenal dan Han Sun-woo juga menjadi jurufoto yang ternama. Malah mereka berdua kekal berhubungan seperti tiada apa-apa yang berlaku antara mereka.

Han Sun-woo kemudiannya kembali ke Korea atas urusan tak dijangka, dan tanpa sengaja bertemu semula dengan rakan baiknya itu. Meskipun lelaki itu berada bersama wanita lain yang turut menyimpan perasaan buat Han Sun-woo, Lee Eun-soo mengambil risiko dan meluahkan perasaannya kerana kian pasti mengenai rasa cinta tersebut dalam setahun perpisahan mereka.

Dalam pada itu, Lee Eun-soo membawa keluar lirik daripada kenangan mereka yang masih belum mendapat pengakhirannya. Daripada situ, Han Sun-woo menutupnya dengan lirik, “Sila berada di sisi saya untuk masa yang lama. Saya cintakan awak.” Tidak bertepuk sebelah tangan, Han Sun-woo menyambut luahan tersebut dan mereka akhirnya bersama.

ending soundtrack #1Akhirnya sahabat selama 20 tahun itu bersama juga selepas sekian lama memendam perasaan, sekaligus membuatkan hati penonton berbunga-bungan melihat kesudahan bahagia tersebut.

Dipuji penonton

“Soundtrack #1” ternyata merupakan naskhah yang berjaya membuatkan penonton mengimbas kembali mengenai hubungan cinta mereka sendiri. Kata mereka, drama ini menggambarkan dengan baik dilema yang dialami apabila sahabat baik mula mempunyai perasaan antara satu sama lain. Meskipun mahu bercinta namun kerisauan mengenai hubungan persahabatan itu bakal terputus sekiranya mereka berpisah mengatasi segalanya.

Apa macam korang? Dah habis menonton “Soundtrack #1” di Disney+ Hotstar ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...