Semakin menghampiri hari bahagia, semakin tidak sabar nampaknya peminat pasangan Hyunbin dan Son Ye-jin.
Selepas khabar angin bahawa mereka akan berkahwin pada 30 Mac ini, tersebar pula cerita bahawa pasangan itu akan melangsungkan majlis itu pada 31 Mac pula.
Jawab agensi Son Ye-jin mengenai berita ini,
Sukar untuk mengesahkan khabar angin itu.
Kata agensi Hyunbin pula,
Kami berharap anda memahami bahawa ia adalah sukar untuk mengesahkan jadual perkahwinan.
Disahkan bakal mengikat pertalian sehidup semati pada Mac ini, namun tarikh spesifik majlis penyatuan hati ‘Binjin’ masih lagi menjadi rahsia.
Pun begitu, pasangan itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan di Aston House di Hotel Sheraton Grand Walkerhill. Di mana ia merupakan kawasan tertutup dan sesuai untuk pasangan yang mahukan privasi semasa majlis bermakna mereka berlangsung.
Sama-sama kita nantikan berita mengenai perkahwinan pasangan ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.