Rasanya ramai yang sudah mengetahui mengenai pelan “Tale Of The Nine Tailed” untuk menghasilkan musim kedua tak lama nanti.
Daripada laporan sebelum ini, musim terbaru ini akan membawa penonton kembali ke masa lampau di mana musim kedua berlatarbelakangkan zaman penjajahan Jepun dan musim ketiga pula ketika dinasti Joseon. Khabarnya, setiap daripada musim ini akan mempunyai 10 episod. Manakala Lee Dong-wook dan Kim Bum akan kembali untuk sambungan ini tanpa Jo Bo-ah.
Terbaru, khabar angin berterbangan mengatakan bahawa Kim So-yeon bakal menjadi teraju utama untuk musim kedua “Tale Of The Nine Tailed”. Menampilkan persembahan yang hebat dalam “The Penthouse”, sudah pasti ramai yang teruja dengan berita ini.
Tak lama selepas berita ini berterbangan, agensi Kim So-yeon memberikan balasan mereka,
Musim kedua ‘Tale Of The Nine Tailed’ adalah salah satu skrip yang diterima Kim So-yeon. Tiada apa yang ditentukan lagi mengenai kemunculannya.
Ditayangkan pada 2020, “Tale Of The Nine Tailed” diterajui oleh Lee Dong-wook, Jo Bo-ah dan Kim Bum dan membawa kisah fantasi moden mengenai seorang gumiho lelaki yang duduk di bandar dan seorang wanita bekerja sebagai produser.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.