Ikuti Kami:

Dilapor Bakal Terajui ‘Sweet Home 2’ Bersama Song Kang & Lee Jinwook, Agensi Jinyoung Beri Respon

Dilapor Bakal Terajui ‘Sweet Home 2’ Bersama Song Kang & Lee Jinwook, Agensi Jinyoung Beri Respon

Minggu lalu, barisan pelakon musim kedua “Sweet Home” kembali menjadi sebutan ramai.

Terbaru, sumber dalam industri menyatakan bahawa Jinyoung akan menyertai Song Kang dan Lee Jin-wook sebagai teraju utama baru untuk siri popular berkenaan.

Selepas berita itu berterbangan, agensi Jinyoung telah tampil memberikan kenyataan dan mengesahkan tiada apa yang ditetapkan lagi buat masa ini.

Kini, kami sedang meneliti projek selepas “Police University” tamat.

jinyoung

Untuk pengetahuan, “Sweet Home” menceritakan kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat bernama Green Home dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini. Ianya merupakan antara siri Netflix yang berjaya pada 2020 memandangkan turut tersenarai tinggi dalam ranking global Netflix pada ketika itu.

Dalam pada itu, “Sweet Home 2” dirancang akan memulakan produksi pada tahun hadapan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...