Ikuti Kami:

Dilapor Bakal Kahwin Dengan Park Jihyun, Agensi Lee Jehoon Beri Respon

Dilapor Bakal Kahwin Dengan Park Jihyun, Agensi Lee Jehoon Beri Respon

Tiada angin tiada ribut, Lee Je-hoon dikhabarkan akan berkahwin dengan peserta “Heart Signal 3” iaitu Park Ji-hyun.

Khabar angin ini bermula apabila ada saksi memuat naik di laman komuniti dan mengatakan bahawa kedua mereka dilihat sedang mencari dewan perkahwinan dan membuat tempahan.

Respon agensi lelaki itu,

Kami sudah pun mengesahkan menerusi laman buletin, pelbagai komuniti dan media sosial bahawa informasi salah telah disebarkan mengenai kehidupan peribadi Lee Je-hoon. Kami ingin meluahkan secara terang bahawa ianya adalah tidak berasas.

lee jehoon park jihyun

Tambah agensi itu lagi,

Kami bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang yang keras dan tegas kepada penulis yang merosakkan reputasi Lee Je-hoon dengan menyebarkan fakta palsu dan tuduhan dengan niat buruk.

Khabar angin lah ni…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...