Ikuti Kami:

Dilanda Pelbagai Kontroversi, Kim Jiwon Dilapor Bakal Gantikan Han Sohee Sebagai Duta Jenama Terkenal Korea

Dilanda Pelbagai Kontroversi, Kim Jiwon Dilapor Bakal Gantikan Han Sohee Sebagai Duta Jenama Terkenal Korea

Kim Ji-won dikatakan telah dipilih untuk menggantikan Han So-hee sebagai duta jenama soju terkenal.

Menurut laporan media pada 26 Mac, Kim Ji-won telah dipilih sebagai model baharu bagi jenama soju terkenal Korea, CHUMCHURUM.

Wakil syarikat Minuman Lotte Chilsung berkata,

Memang benar kami sedang memilih model baru untuk jenama ini, tapi kami tak dapat mengesahkan lagi sebarang berita mengenai model yang telah dicalonkan.

Terlebih dahulu, pada Mac 2023, Han So-hee telah dipilih untuk menggantikan Jennie BLACKPINK sebagai duta serta model soju tersebut.

han-sohee-kim-jiwon-soju

Namun, kontrak tersebut telah ditamatkan kurang dari setahun,  menjadikan Han So-hee sebagai duta terpendek jenama tersebut.

Ianya sekaligus telah menimbulkan spekulasi bahawa kontrak tersebut telah ditamatkan dan tidak disambung semula kerana kontroversi mengenai hubungan percintaannya bersama dengan Ryu Jun-yeol.

Berikutan dengan ini, CHUMCHURUM dikatakan telah memilih Kim Ji-won sebagai pengganti Han So-hee selepas pelakon itu membintangi drama popular tvN iaitu “Queen Of Tears”.

Mesti comel kan Kim Ji-won dalam iklan soju tu nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Hankyung

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...