Ikuti Kami:

Dilahirkan Semula Untuk Balas Dendam, Song Joongki Sah Terajui ‘Chaebol Family’s Youngest Son’

Dilahirkan Semula Untuk Balas Dendam, Song Joongki Sah Terajui ‘Chaebol Family’s Youngest Son’

Yes! Song Joong-ki akhirnya bakal membuat comeback dalam drama baru tak lama lagi.

Terbaru, JTBC telah mengesahkan bahawa Song Joong-ki dan Lee Sung-min akan membintangi drama “Chaebol Family’s Youngest Son” iaitu sebuah adaptasi daripada novel popular.

Ianya membawa kisah seorang setiausaha keluarga kaya yang dilahirkan semula sebagai anak lelaki bongsu keluarga tersebut.

Song Joong-ki akan membawa watak Yoon Hyun-woo, seorang pemuda yang mati selepas dituduh menggelapkan wang oleh keluarga Kumpulan Sunyang meskipun dia setia berkhidmat dengan mereka. Dia kemudiannya dilahirkan semula sebagai anak bongsu keluarga berkenaan, Jin Do-joon dan bekerja keras untuk mengambil alih syarikat tersebut untuk membalas dendam.

jtbc chaebol family's youngest son

Lee Sung-min pula bakal menghidupkan watak Jin Yang-chul, ketua kepada Kumpulan Sunyang. Dia sangatlah suka bersaing dan merupakan watak yang teruk selain mempunyai ketamakan yang tiada penghujungnya apabila berkaitan dengan wang.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Shin Hyun-been dan Tiffany ada menerima tawaran berlakon drama ini namun masih belum ada kata putus mengenainya.

Khabarnya drama ini akan ditayangkan di JTBC pada 2022.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...