Ikuti Kami:

Dikritik Tidak Sensitif Dengan Sejarah, Pihak Produksi ‘Mr. Queen’ Minta Maaf & Jawab Isu Kontroversi

Dikritik Tidak Sensitif Dengan Sejarah, Pihak Produksi ‘Mr. Queen’ Minta Maaf & Jawab Isu Kontroversi

Baru sahaja dua episod ditayangkan namun drama “Mr. Queen” sudah terpalit dengan satu kontroversi.

Kalau anda nak tahu, drama ini diadaptasi daripada web drama China “Go Princess Go” di mana ianya ditulis oleh seorang penulis yang sering memberikan komen negatif terhadap Korea dalam naskhahnya yang lain. Disebabkan itu, “Mr. Queen” dikritik kerana menggunakan hasil kerja daripada penulis sedemikian.

Meskipun ada yang mengatakan bahawa babak komedi adalah lahiriah drama tersebut dek genrenya, namun “Mr. Queen” dikatakan tidak sensitif kerana menggunakan watak berdasarkan figura sebenar dalam sejarah.

Selain tiu, dalam episod kedua, salah seorang watak dalam drama itu mengatakan bahawa ‘The Annals Of The Joseon Dynasty’ hanyalah sekadar ‘gosip murahan. Buat pengetahuan anda, ‘The Annals Of The Joseon Dynasty’ adalah rekod tahunan dinasti dan diiktiraf sebagai harta kebangsaan ke-151 Korea. Sejarah itu yang mempunyai 1,893 jilid turut tersenarai dalam pendaftaran Memori Dunia bawah UNESCO. Ramai yang meluahkan rasa kecewa kerana drama ini melabelkan sejarah tersebut sebagai ‘jirashi’ iaitu sejenis berita yang tidak mempunyai kesahihan, termasuklah spekulasi dan khabar angin.

kontroversi mr. queen

Selepas kontroversi ini menjadi buah mulut ramai, pihak produksi “Mr. Queen” tampil memberikan kenyataan rasmi,

Ini adalah pihak produksi drama “Mr. Queen”

Kami meluahkan rasa terima kasih kepada penonton yang meyukai ‘Mr. Queen’ dan kami berkongsi kenyataan ini bagi menjawab persoalan penonton.

‘Mr. Queen’ ialah merupakan naskhah yang direncana selepas membeli hak pembuatan semula secara tayangan web drama ‘Go Princess Go’ yang ditayangkan di China di bawah syarikat produksi drama tersebut. Apa yang dibeli daripada syarikat produksi itu ialah hak pembuatan semula daripada web drama dan bukannya novel asal. Malah, ketika kontrak tersebut, kami tidak sedar mengenai komen negatif yang dilemparkan kepada Korea dalam naskhah lain iaitu ‘Princess Amity’, ditulis oleh penulis novel asal ‘Go Princess Go’.

Selepas menjalani proses perancangan dan produksi untuk drama ini, kami hanya sedar mengenai hal tersebut menerusi fakta yang berterbangan di laman komuniti. Walaupun begitu, kami memohon maaf kepada penonton kerana tidak mengenal pasti isu ini secepat mungkin. Kami berjanji akn berusaha keras ketika produksi supaya para penonton tidak akan berasa tidak selesa semasa menonton drama ini sebagai karya kreatif baru dan berlain daripada naskhah asalnya.

Selain itu, kami turut mengakui bahawa dialog mengenai ‘The Annals Of The Josen Dynasty’ adalah tidak sensitif, dan ianya sudah pun dipadam daripada penceritaan asal. Mengenai figura bersejarah dan insiden lain, kami tidak mempunyai sebarang niat untuk menggambarkan mereka secara negatif.

Dek ‘Mr. Queen’ merupakan drama dengan genre ‘ komik fantasi bersejarah fusion’, kami meminjam figura dan latar belakang daripada sejarah, tetapi ia adalah fiksyen berdasarkan karya kreatif yang bermula daripada persoalan ‘Apakah yang akan terjadi sekiranya jiwa moden bertemu dengan figura sebenar dan menyebabkan kekecohan?’

Kami sekali lagi memohon maaf kerana kesilapan ini, di mana ianya berlawanan dengan niat kami untuk membuatkan penonton ketawa dalam suasan yang yang sihat. Kami akan memberikan perhatian yang lebih kepada produksi supaya dapat melahirkan drama yang baik.

Semoga semuanya selesai dengan baik untuk episod akan datang “Mr. Queen”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...