Ikuti Kami:

Dikritik Terlalu Besar Untuk Watak Usia 2 Tahun, Ibu Pelakon Cilik ‘The World Of The Married’ Minta Henti Komen Negatif

Dikritik Terlalu Besar Untuk Watak Usia 2 Tahun, Ibu Pelakon Cilik ‘The World Of The Married’ Minta Henti Komen Negatif

Drama “The World Of The Married” semakin mendebarkan dan menyebabkan penonton tak senang duduk untuk menantikan kesudahan kepada hidup Ji Sun-woo yang kian huru-hara kerana dendam bekas suaminya.

Seperti yang ditonton oleh peminat setia drama ini, Sun-woo memulakan kehidupan baru selepas bercerai dengan suami durjananya. Pun begitu, tenang hanya sebentar, Tae-oh kini kembali bersama isteri barunya iaitu Da-kyung dan anak mereka selepas dua tahun menghilangkan diri. Lelaki itu nekad untuk menjahanamkan hidup bekas isterinya dengan alasan wanita itu telah menghancurkan hidupnya kerana membongkarkan tembelangnya dahulu.

Semasa semua orang fokus dengan drama yang penuh dengan khianat dan plot twist ini, segelintir penonton telah melahirkan rasa tidak puas hati dengan pengambilan pelakon kanak-kanak iaitu Lee Ro-eun sebagai watak Jennie.

watak cilik dalam the world of the married terima kritikan

Dalam drama tersebut watak cilik itu sepatutnya berusia dua tahun tetapi dalam dunia sebenar, Ro-eun sudah pun berusia hampir 4 tahun lantas membuatkan tubuh badannya nampak sedikit besar untuk memainkan watak yang muda dua tahun daripadanya.

Bahkan, ramai juga tertanya-tanya kenapa pasangan Lee Tae-oh dan Yoo Da-kyung membuat majlis untuk menyambut anak perempuan mereka itu sudah genap setahun walhal babak itu telah dirakamkan selepas dua tahun Da-kyung mengandung dan sebelum berkahwin dengan Tae-oh.

Ibu kepada Ro-eun telah meluahkan rasa kesal mengenai komen sesetengah penonton yang mengkritik anaknya kerana melakonkan watak Jennie itu meskipun tidak sesuai.

Dari mana datang idea parti hari jadi setahun? Ia adalah selepas dua tahun kemudian. Kami sedar dia sedikit besar untuk melakonkan umur tersebut. Badan Ro-eun juga telah dipanjangkan supaya nampak sedikit tinggi menerusi skrin televisyen.

Kami berasa sedih kerana kami seperti diperlekehkan di laman komuniti dan juga media sosial. Mungkin tiada niat jahat tetapi kami tetap terluka.

lee roeun the world of the married

Keluarga pelakon cilik itu juga menambah ada komen yang turut mengkritik banyak perkara mengenai Ro-eun dan bukannya mengenai fizikalnya yang besar sahaja. Mereka turut meminta agar semua orang berhenti meninggalkan komen negatif kepada anak perempuan mereka itu kerana dia masih lagi kanak-kanak dan tidak tahu menahu mengenai perkara ini.

Tak perlu sampai tinggalkan komen negatif, Ro-eun hanyalah kanak-kanak!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...