Ikuti Kami:

Dikritik Tayang Produk Bibimbap Dari China, ‘Vincenzo’ Padam Babak Berkenaan Dari Laman Ulang Tayang

Dikritik Tayang Produk Bibimbap Dari China, ‘Vincenzo’ Padam Babak Berkenaan Dari Laman Ulang Tayang

Mesti korang ada terbaca pasal ‘perdebatan hangat’ di antara Korea dan China baru-baru ini kan? Sehingga kan ada K-Drama yang terpalit sekali dengannya.

Bukan sahaja “Joseon Exorcist”, malah “Vincenzo” juga menerima kritikan hebat selepas menayangkan babak watak utama Vincenzo (Song Joong-ki) dan Hong Cha-young (Jeon Yeo-bin) menjamah bibimbap yang dikeluarkan oleh syarikat China.

Untuk pengetahuan semua, bibimbap ialah makanan kegemaran di Korea namun risau sekiranya dengan promosi tersebut, ramai yang akan mengatakan bahawa bibimbap adalah makanan daripada China. Tak cukup dengan itu, perdebatan tersebut sehingga menimbulkan isu di mana ada segelintir netizen China yang mengatkan bahawa bibimbap merupakan makanan ‘orang bawahan’ lantas memarakkan api pergaduhan ini.

bibimbap china vincenzo

Disebabkan oleh itu, “Vincenzo” memutuskan untuk membatalkan kontrak promosi produk makanan tersebut meskipun di dalam kontrak mereka sepatutnya menampilkannya sebanyak 4 kali.

Bahkan babak di dalam episod ke-8 tersebut turut dipadam daripada kesemua laman ulang tayang (VOD) kini bagi meredakan kontroversi tersebut.

Babak tersebut telah dipadam daripada perkhidmatan OTT domestik. Bagi servis antarabangsa pula, ianya mungkin mengambil masa selama 2 hari lagi sebelum dapat disunting kesemuanya.

Fuhh.. harap tiada kontroversi lagi dalam “Vincenzo”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...