Ikuti Kami:

Dikritik Tak Sensitif Isu Semasa, Pengikut Instagram Karina aespa Turun Mendadak

Dikritik Tak Sensitif Isu Semasa, Pengikut Instagram Karina aespa Turun Mendadak

Tidak semena-mena, nama Karina aespa sedang hangat menjadi kontroversi kini.

Baru-baru ini, Karina telah teruk dikritik kerana memuat naik gambar memakai baju jersi berwarna merah dengan nombor ‘2’ tertera di hadapan.

Khususnya, warna dan nombor tersebut seolah-olah memberi bayangan siapa yang dia akan sokong pada pilihan raya presiden Korea Selatan akan datang, kerana merah ialah warna rasmi Parti Kuasa Rakyat manakala nombor ‘2’ pula adalah nombor undi untuk calon Kim Moon-soo.

Meskipun Karina sudah pun membuat permohanan maaf namun, ramai masih mengkritiknya kerana tiada pengetahuan tentang politik dan tidak sensitif tentang isu semasa.

Malahan di Instagram, pengikut wanita itu juga dilihat telah turun mendadak dari 24 juta ke 23.8 juta setakat ini.

Hmm apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...