Ikuti Kami:

Dikritik Perangai Buruk Dek Enggan Pegang Skrip Sendiri, Ini Respon Ahn Bohyun

Dikritik Perangai Buruk Dek Enggan Pegang Skrip Sendiri, Ini Respon Ahn Bohyun

Tidak semena-mena, ada yang kembali ungkit gosip lalu Ahn Bo-hyun..

Selepas mengumumkan mengenai hubungannya bersama Ji-soo BLACKPINK, ada netizen nampaknya cuba untuk menjatuhkan Ahn Bo-hyun.

Khususnya, pelakon lelaki itu telah dikecam selepas dia dilihat sedang menghafal skrip untuk “Yumi’s Cells”, tetapi buku skrip itu dipegang oleh seorang kakitangan. Oleh itu, ramai orang mengkritik bahawa Ahn Bo-hyun sepatutnya boleh memegang skripnya sendiri dari bergantung pada orang lain.

Terbaru pada 8 Ogos, pihak Ahn Bo-hyun telah mengeluarkan satu kenyataan, meluahkan kerisauan pelakon itu selepas keluarganya turut terkena tempias dari kritikan yang diterimanya.

Ibu dan adik Ahn Bo-hyun kini mengalami kesukaran kerana komen benci dari netizen. Ahn Bo-hyun tiada masalah tentang kritikan mengenai personalitinya tapi dia risaukan tentang keluarganya yang menjadi sasaran netizen.

ahn bohyun

Selain itu, pasukan produksi “Yumi’s Cells” sendiri telah tampil memberi respon mengenai isu ini dengan menjelaskan,

Situasi sebegini boleh berlaku semasa penggambaran. Lebih-lebih lagi apabila mereka sudah sangat rapat antara satu sama lain. Saya menonton video di sebalik tabir itu tetapi saya rasa kita tak boleh buat kesimpulan hanya berdasarkan klip pendek itu.

Kami sebenarnya tidak tahu konteks penuh. Mungkin ada beberapa situasi yang menyebabkan kakitangan itu tidak mempunyai pilihan selain memegang skrip. Ini kerana pelakon lain tidak pernah meminta kakitangan melakukannya melainkan tangan mereka sibuk.

Hmm..apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...