Pihak produksi tampil beri permohonan maaf atas isu yang tular baru-baru ini.
Pasukan produksi bagi rancangan ‘Unexpected Business 3’ telah menerima pelbagai aduan yang dihantar oleh penonton selepas siaran baru-baru ini.
Memandangkan ‘Unexpected Business 3’ telah dijalankan di sebuah restoran, kami sepatutnya memberi perhatian yang lebih teliti terhadap kebersihan. Namun, terdapat kekurangan seperti pemakaian topeng telah menimbulkan kebimbangan kepada penonton.

Kami ingin memohon maaf mengenai perkara ini. Kami juga ingin menjelaskan bahawa ini ialah sepenuhnya kesalahan dari pihak produksi.
Semua kandungan bagi musim ini di filemkan di Amerika Syarikat. Jadi, kami berusaha untuk mematuhi peraturan kebersihan tempatan namun, kami percaya bahawa kami telah terlepas pandang perkara asas yang penting. Kami mohon maaf sekali lagi.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.