Ikuti Kami:

Dikhabarkan Bakal Berkahwin Dengan Jang Nara, Reaksi Bingung Kim Namgil Buat Netizen Tertawa!

Dikhabarkan Bakal Berkahwin Dengan Jang Nara, Reaksi Bingung Kim Namgil Buat Netizen Tertawa!

Selalunya berita perkahwinan selebriti pasti akan diumumkan dengan gembira oleh pasangan itu sendiri. Mereka juga mesti meminta para peminat supaya mendoakan kebahagiaan kedua mereka selepas berkahwin. Tapi lain ceritanya apabila selebriti itu sendiri tidak tahu bahawa dia akan berkahwin walhal hal perkahwinannya telah dihebahkan oleh pihak media kepada orang ramai. Kelakar!

Kalau anda nak tahu, pada 5 Ogos yang lalu, satu khabar angin telah bertiup kencang di mana pelakon terkenal iaitu Kim Namgil dan Jang Nara dikatakan bakal berkahwin pada November ini selepas 7 tahun menyulam cinta. Walaubagaimanapun, pihak kedua-dua pelakon itu telah menafikan perkhabaran tersebut lantas memadamkan api khabar angin itu.

kim namgil meminta maaf kepada jang nara atas khabar angin perkahwinan mereka

Walaupun sudah lama berlaku, tetapi rakaman reaksi Kim Namgil ketika kejadian itu telah berjaya dirakamkan menerusi rancangan “Trans-Siberian Pathfinders” dan telah bersiaran baru-baru ini. Ketika khabar angin itu memenuhi kesemua dada media, lelaki itu yang baru terjaga daripada tidur telah ‘diserang’ dengan mesej bertubi-tubi selain namanya turut ‘trending’ di kedudukan teratas dalam carian semasa.

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...