Ikuti Kami:

Dikecam Ramai, Agensi Mohon Maaf Dek Bentuk Album Kumpulan Lelaki Ini Mirip Al-Quran

Dikecam Ramai, Agensi Mohon Maaf Dek Bentuk Album Kumpulan Lelaki Ini Mirip Al-Quran

Baru-baru ini, kumpulan KINGDOM telah menerima kritikan terutamanya dari peminat Muslim.

Sebelum ini, KINGDOM telah melancarkan pra-jualan untuk album mini ke-7 mereka dan dikecam ramai kerana reka bentuknya yang menyerupai kitab suci agama Islam iaitu Al-Quran. Ianya dianggap sebagai satu penghinaan kepada agama, kerana menjadikan kitab suci umat Islam sebagai rujukan untuk album K-Pop.

Terbaru pada 25 September, agensi telah mengeluarkan permohonan maaf sekaligus mengumumkan kesemua tempahan yang diterima sebelum ini untuk album tersebut akan digantikan semula dengan versi baru.

kingdom al-quran

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan,

Hello, ini GF Entertainment. Kami baru-baru ini menerima maklum balas mengenai album mini ke-7 KINGDOM yang pada asalnya dijadulkan untuk pra-jualan pada 21 September. Telah dinyatakan bahawa reka bentuk album mempunyai persamaan dengan kitab suci Islam.

Kami amat kesal kerana kontroversi ini timbul kerana kurangnya kesedaran dan pengawasan dan kami mengakui kekurangan kami dalam perkara ini. Kami memohon maaf yang tulus kepada masyarakat Islam dan sesiapa sahaja yang mungkin berasa tidak selesa dengan situasi ini.

Sehubungan dengan itu, kami telah membuat keputusan untuk membuang kesemua 70,000 salinan album edisi awal dan membuat pengeluaran semula.

Kami memohon maaf yang sedalam-dalamnya kepada peminat yang berdedikasi yang menyukai KINGDOM atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul.

Semoga kejadian yang sama tidak akan berulang lagi untuk mana-mana artis.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...