Ikuti Kami:

Dikecam Papar Babak Kejam Libat Kucing, Wakil Drama Misteri ‘Rose Mansion’ Beri Penjelasan

Dikecam Papar Babak Kejam Libat Kucing, Wakil Drama Misteri ‘Rose Mansion’ Beri Penjelasan

Baru sahaja 4 episod namun “Rose Mansion” sudah pun terpalit kontroversi kerana satu babaknya.

Pada 18 Mei, persatuan perlindungan haiwan ‘Kara’ telah memuat naik di Instagram,

Satu babak pembunuhan haiwan kejam telah disiarkan dalam episod 4 ‘Rose Mansion’. Ianya dipaparkan dengan jelas.

Pihak itu kemudiannya meminta kebenaran didedahkan sama ada kucing hidup digunakan di dalam penggambaran itu dan tindakan yang sepatutnya perlu diambil.

tving rose mansion

Apabila kontroversi ini kian jadi sebutan, pihak produksi “Rose Mansion” memuat naik pernohonan maaf menerusi akaun rasmi Instagram TVING baru-baru ini,

Kami meminta maaf kerana menyebabkan kerisauan dengan babak melibatkan kucing itu. Sebelum penggambaran, kami telah menyusun babak berkemungkinan mempunyai masalah supaya ia dapat dirakamkan tanpa menggunakan haiwan sebenar. Ia dibuat dengan teliti.

Tambahnya lagi,

Kucing yang digunakan untuk penggambaran telah diperhatikan dengan baik kini sebagai langkah berjaga-jaga.

TVING sekali lagi memohon maaf dan menyatakan,

Berdasarkan nasihat orang ramai, tayangan episod 4 yang mengandungi babak tersebut akan dihentikan serta-merta. Babak terbabit akan dipadam dan dimuat naik secepat mungkin.

tving rose mansion

Untuk pengetahuan, “Rose Mansion” ialah drama yang ditetapkan di sebuah apartmen yang dijadualkan untuk pembinaan semula dan mengikuti Ji Na (Lim Ji-yeon) ketika dia mencari kebenaran di sebalik kehilangan kakaknya. Dia disertai oleh detektif Min Soo (Yoon Kyun-sang) ketika mereka menyiasat jiran yang mencurigakan yang menyembunyikan ketamakan mereka di sebalik penampilan biasa dan menemui kebenaran yang tidak dijangka dalam proses itu.

Nampak kejamnya tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...