Betul ke Jennie kecam YG Entertainment?
Baru sahaja membuka akaun TikTok peribadi, ramai yang teruja melihat beberapa video dimuat naik oleh ahli BLACKPINK itu. Bahkan terdapat satu lagu yang digunakan telah diramal sebagai petunjuk buat lagu solo akan datang idola berkenaan.
Menjengah ke audio yang digunakan, ramai menebak Jennie sepertinya mengecam YG Entertainment dan menyalahkan mereka atas layanan buruk yang diterima oleh BLACKPINK.
Dipersalahkan, dijadikan tebusan,
Membawa beban, membawa masa lalu kita,
Dengan nasib baik,
Masa depan telah ditulis,
Mereka tidak merancang untuk wanita bangkit.Mereka tidak merancangnya tetapi kami muncul dari sejarah seperti fu*k it.
Mereka tidak mahu tetapi kami muncul dari sejarah seperti keadilan.
Sebelum ini, Rose turut dikatakan ‘menyalahkan’ YG Entertainment dalam satu kenyataan diriliskan di mana dia berkata “Seperti semua tahu, saya datang dari tempat di mana semua ditentukan buat saya daripada saya boleh melakukan hal sendiri.”
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.