Ikuti Kami:

Dihadiri Ahli EXO & Disambut Meriah, Chen Langsung Majlis Kahwin Selepas 3 Tahun Bernikah

Dihadiri Ahli EXO & Disambut Meriah, Chen Langsung Majlis Kahwin Selepas 3 Tahun Bernikah

Walaupun sudah memiliki dua anak kini, namun Chen atau Kim Jong-dae dari kumpulan EXO baru sempat melangsungkan majlis perkahwinan baru-baru ini.

Kelmarin, beberapa gambar sekitar majlis itu telah tular di serata media sosial seperti Twitter dan TikTok.

Hanya dihadiri oleh keluarga rapat, kesemua ahli EXO termasuklah Kai yang sedang menjalani khidmat ketenteraan kini turut dilihat sama-sama memeriahkan majlis berkenaan.

chen mihee

Berlangsung di Signiel Hotel, Chen turut dilihat menyanyikan lagu “Best Luck” yang didendangkan olehnya untuk drama “Descendants Of The Sun” khas teruntuk isteri tersayang.

Namun terdapat khabar kurang manis yang menyelubungi majlis itu apabila ada yang menyebarkan gambar isteri Chen tanpa kebenaran di media sosial. Meskipun sebilangan peminat sudah pun mengetahui mengenai kisah cinta mereka sejak 2015 lagi, namun ini kali pertama mereka melihat wajah wanita itu dengan jelas.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...